Menyusuri pengembaraan kerohanian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji atau umrah tidaklah sama perjalanan maupun kunjungan ke mana-mana destinasi pun di dunia ini. Bukan sahaja kerana buminya yang penuh berkat atau kerana di sana adanya Baitullah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi tempat bersemadinya jasad Rasullullah SAW, tetapi kerana sebenarnya adalah satu pengembaraan kerohanian. Sebuah pengembaraan yang jauh lebih agung, getir dan beranjau dari segala perjalanan fizikal justeru kita bukan sekadar membawa jasad tetapi juga turut membawa hati nurani dan rohani untuk tunduk dan patuh lepada Allah SWT.
Bersama hayunan langkah ke Tanah Suci, bergetar bibir melafaz zikir, tasbih dan tasmid, membawa diri mengembara ke daerah yang luas tanpa batas dan sempadan ... menggapai rahmat dan maghfirah Allah melalui taubat, mujahadah dan muhasabah memohon keampunan, pertolongan dan kasih sayang-Nya ... mencari tenang dalam sabar, tawakal dalam redha dan syukur. Astaghfirullah ... betapa kerdilnya diri membawa hati dan rohani ini menuju kepada-Mu ya Rabb...
No comments:
Post a Comment