Pengembaraan ke Tanah Suci bukanlah satu perjalanan yang selesa, bukan jua sebuah pengembaraan untuk bergembira apalagi untuk bersuka ria maupun mengharapkan keselesaan apabila tiba ke destinasi. Kembara ini adalah satu perjuangan menuntut pengorbanan, menagih keringat, meruntun perasaan, seorang hamba menuju penciptanya ... Allah Azawajalla. Namun disebalik jerih payah menungkah ranjau telah tersedia kemanisan yang tiada tandingan dengan seisi alam ini.
Mengembara ke Tanah suci perlu berbekalkan niat yang benar-benar ikhlas dan hati yang suci bersih. Hati perlu diisi dengan iman dan taqwa dengan segala perhiasan mulia. Tenang, sabar, bertolak ansur, merendah diri, murah hati, berbaik sangka, syukur, redha, tawakal adalah antara sifat mahmudah hiasan diri bekalan seorang hamba yang akan mengunjungi Tanah Haramain yang penuh berkat dan suci.
Penyucian diri daripada sifat mazmunah haruslah dilakukan sejak diri berniat untuk menunaikan haji. Justeru sifat keji seperti pemarah, sombong, mementingkan diri, bangga diri, keluh kesah, bakhil, mengumpat, mengungkit-ungkit, berbantahan, buruk-sangka adalah antara sifat yang perlu dijauhi kerana dengan cara ini sahaja haji kita akan diterima Allah SWT.
Di Tanah Suci kelak kita akan diuji dengan pelbagai ujian Allah SWT. Berdoalah memohon keampunan Allah, ketabahan hati menghadapi segala dugaan dan mohonlah jua agar Allah menganugerahi kita haji yang mabrur. Inilah darjat tertinggi lagi mulia disisi Allah SWT. Rasullullah bersabda, "Haji yang mabrur, lebih baik dari dunia dan isinya dan haji yang mabrur tiada balasan lain, selain syurga" (Riwayat Abu Hurairah).
Ibarat ingin mendapat kenaikan pangkat, sesungguhnya kita akan dinilai bukannya diberi secara percuma. Begitu juga haji. Allah pasti akan menguji kita dengan segala kepayahan dan kesukaran baik ujian rohani maupun jasmani selain terpaksa menempuh perjalanan yang jauh lagi memeritkan.
Inilah yang digambarkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya, "Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh". (Al-Haj:27)
'Dan Serulah Manusia untuk Mengerjakan Ibadat Haji, Nescaya Mereka akan Datang ke (Rumah Tuhanmu) dengan Berjalan Kaki dan Menunggang Berjenis-jenis Unta yang Kurus yang Datangnya dari Berbagai-bagai Jalan (dan Ceruk Rantau) yang Jauh' ~ al-Haj 22:27
Wednesday, 17 July 2013
Kembara Rohani ke Tanah Suci ...
Menyusuri pengembaraan kerohanian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji atau umrah tidaklah sama perjalanan maupun kunjungan ke mana-mana destinasi pun di dunia ini. Bukan sahaja kerana buminya yang penuh berkat atau kerana di sana adanya Baitullah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi tempat bersemadinya jasad Rasullullah SAW, tetapi kerana sebenarnya adalah satu pengembaraan kerohanian. Sebuah pengembaraan yang jauh lebih agung, getir dan beranjau dari segala perjalanan fizikal justeru kita bukan sekadar membawa jasad tetapi juga turut membawa hati nurani dan rohani untuk tunduk dan patuh lepada Allah SWT.
Bersama hayunan langkah ke Tanah Suci, bergetar bibir melafaz zikir, tasbih dan tasmid, membawa diri mengembara ke daerah yang luas tanpa batas dan sempadan ... menggapai rahmat dan maghfirah Allah melalui taubat, mujahadah dan muhasabah memohon keampunan, pertolongan dan kasih sayang-Nya ... mencari tenang dalam sabar, tawakal dalam redha dan syukur. Astaghfirullah ... betapa kerdilnya diri membawa hati dan rohani ini menuju kepada-Mu ya Rabb...
Bersama hayunan langkah ke Tanah Suci, bergetar bibir melafaz zikir, tasbih dan tasmid, membawa diri mengembara ke daerah yang luas tanpa batas dan sempadan ... menggapai rahmat dan maghfirah Allah melalui taubat, mujahadah dan muhasabah memohon keampunan, pertolongan dan kasih sayang-Nya ... mencari tenang dalam sabar, tawakal dalam redha dan syukur. Astaghfirullah ... betapa kerdilnya diri membawa hati dan rohani ini menuju kepada-Mu ya Rabb...
Bayu Kerinduan ...
Syukur Alhamdullillah. Segala puji bagi Allah SWT yang menganugerahkan kita nikmat iman dan Islam yang tak terhitung indahnya... buat hamba-Nya. Selawat dan salam terindah buat junjungan mulia, Rasullullah SAW, para sahabatnya dan seluruh yang menegakkan sunnahnya sehingga tiba hari perhitungan kelak.Rindu itu indah ... justeru kerinduan yang menggamit kenangan pada keindahan menjadi tetamu-Mu ya Allah, menuntut untuk aku kembali dalam dakapan haramain. Bumi Mekah al-Mukaramah dan Madinah al-Munawarah dua tanah suciMu, setia menggamit jiwa sanubari sesiapa yang pernah mengunjunginya. Tiada kerinduan yang lebih indah pada hayat ini di jiwa setiap Muslim di bumiMu ini meski sekalipun berserta kejauhan dan segala kepayahan hati tetap memujuk dan merayu ingin mengunjunginya. Dan benarlah firman Allah SWT kepada Nabi Ibrahim untuk menyeru manusia agar datang beribadah mengerjakan haji di Baitullah."Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh". Al-Haj 22:27
Subscribe to:
Posts (Atom)